Saya
dapati setiap kita mempunyai keistimewaan masing-masing.
Anda
mempunyai impian seperti orang lain juga. Hati kecil anda berkata-kata untuk
ingin berjaya. Anda ingin membuat
sesuatu kebaikan untuk diri dan keluarga.
Anda akan
berusaha ke arah itu. Anda bekerja kuat
di mana sahaja. Anda mungkin sudah
berjaya sekarang.
Anda
mungkin sudah ada bisnis sendiri. Impian
anda pula untuk anda terus berjaya lagi berjaya.
Anda akan
juga terfikir cara mana lagi?
Pada saya
orang yang betul-betul berjaya orang yang bijak
mengaturkan strategi. Kemudian melaksanakan strategi itu.
Mereka
yang berjaya biasanya mempunyai hubungan sesama manusia yang cukup baik. Iaitu dikatakan networking.
Apabila
tercetusnya hubungan networking, anda senang
meminta sokongan rakan-rakan.
Kerja
sebagai satu kumpulan hasilnya lebih dari anda bersendirian.
Nah! cuba
buat networking ini, Insyallah anda
berjaya nanti.
No comments:
Post a Comment